Sunday, May 19, 2013

Petua Menjaga Hati Isteri




1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

Monday, May 13, 2013

HUDUD vs CIVIL


Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

Surah AnNisaa'. Ayat 105.

« Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. »


Surah AnNisaa'. Ayat 104.

Be Innovation and Creativity

Sunday, May 12, 2013

Eating Colour For Health

Tip-tip Hijrah Diri

MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH....DIBEBEL...DAN DIPUKUL?


Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. 

Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. 

Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. 

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. 

Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....

Maasyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap. 

Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah. 

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. 

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. 

Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. 

Tak perlu disuruh.... 

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. 

Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.... 

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah... 

solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. 

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40 

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. 

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

Are you a Boss or a Leader?




Extra:
Boss: can be found Everywhere
Leader: nearly extinct

Saturday, May 11, 2013

PETUA IMAM SYAFIE

-SOALAN UNTUK IMAM SYAFI'IE-



pada suatu hari, imam syafiie melawat gurunya imam malik untuk mendapatkan sepotong hadith. perjalanan ke rumah imam malik begitu jauh dan beliau melakukannya semata2 utk scebis ilmu tersebut. sesampai2nya di rumah imam malik, beliau pun dipelawa masuk ke dalam...

apabila dihidangkan makanan, imam syafiie pun makan dengan penuh begitu berselera. habis semua makanan yang dihidangkan, ini semua menimbulkan satu tanda tanya kepada anak imam malik, macam mana seorang imam besar boleh makan dengan begitu lahapnya? ini mnjadikan kredibiliti imam syafiie diragui di mata anak imam malik. apabila ditanya pada bapanya, bapanya tak mmpu menjawab apa2.

kemudian selepas makan, kedua2nya pun meneruskan perbincangan ilmiah mereka sampailah ke lewat malam. seusai tibanya waktu tidur, anak imam malik menunjukkan tempat imam syafiie beristirehat. pada waktu tengah malam, si imam syafiie langsung tidak bangun utk mngerjakan qiamulail sedang dia dan bapanya bangun untuk beribadah kepadaNya. ini sekali lagi menimbulkan keraguan anak imam malik kepada beliau. imam besar tak bangun qiamulail? pelik ni...

apabila tibanya waktu subuh, sekali lagi, mereka berdua bangun untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah, namun yang mnghairankannya, imam syafiie terus bersolat tanpa mengambil wuduk. kali ni bertambah ragulah anak imam malik akan kredibiliti imam syafiie. imam besar solat tanpa air semayang? lagi2 lah pelik.

maka keesokan paginya, imam malik pun memberanikan diri bertanya kepada imam syafiie akan perihal keraguan anaknya itu. maka imam syafiie pun menjawab... 

pertama sekali, beliau makan dengan lahapnya di rumah imam malik kerana sepanjang perjalanan tersebut, beliau telah pun berpuasa dari memakan makanan syubhah. bukan haram tau, yg syubhah pun dia jaga. itu yang menjadikan dia begitu berselera apabila sampai di rumah imam malik. tambahan pula, dia pernah mendengar hadith yang mnyebut, makanan di rumah orang soleh itu adalah ubat lagikan berkat...

kemudian, sewaktu malam, beliau tidak bangun menunaikan qiamulail kerana terlalu sibuk berfikir akan instinbad hukum daripada hadith tersebut. dan hasilnya, beliau telah berjaya mengeluarkan lebih 1000 hukum baru untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat hanya dari satu hadith tersebut. apatah lagi, martabat seorang mufakkir(pemikir) itu lebih tinggi dari seorang abid(ahli ibadah).

kemudian, pada pagi esoknya, beliau bangun menunaikan solat subuh tanpa air sembahyang. bukan sebab sejuk atau tak de air ke apa. ianya adalah disebabkan air sembahyang dari yang isyaknya masih kekal hingga ke pagi itu. hebat tak hebatnya beliau dalam menjaga wuduk...

maka fahamlah anaknya akan kehebatan imam syafiie. kadang2, amalan alim ulama ini sememangnya nampak pelik pada pndangan masyarakat bawahan. bukan sebab mereka sesat, tapi kerana mereka lebih faham yang mana satu adat kebiasaan orang awam dan mana sebenarnya tuntutan agama.

20 Penyakit Hati Terhadap ALLAH

SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM IALAH KHILAFAH




Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan syari'at Islam dan mengembang dakwah Islam ke segenap penjuru dunia. Kata lain dari Khilafah adalah Imamah. Imamah dan Khilafah mempunyai makna yang sama. Bahkan banyak hadis sahih yang menunjukkan bahawa dua kata ini memiliki konotasi yang sama. Tidak ada satu nash syara' pun yang menunjukkan adanya konotasi yang berbeza, baik di dalam Al-Kitab mahupun As-Sunnah. Mendirikan Khilafah adalah fardhu bagi setiap Muslim di seluruh dunia. Melaksanakan penegakannya adalah tidak ubah seperti melaksanakan kefardhuan yang lain, yang telah difardhukan oleh Allah SWT bagi kaum Muslimin. Tuntutannya bersifat jazm (pasti), di mana tidak ada lagi pilihan atau penundaan dalam rangka menegakkannya. Mengabaikan pelaksanaannya merupakan kemaksiatan yang paling besar, di mana Allah SWT akan mengazab pelakunya dengan azab yang amat pedih.
    
Dalil tentang wajibnya melantik Khalifah bagi seluruh kaum Muslimin dinyatakan dengan jelas di dalam nas. Dalil dari As-Sunnah antaranya adalah sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Nafi' yang  berkata, 

“Umar pernah berkata kepadaku: 'Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Siapa sahaja yang melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya ia akan berjumpa dengan Allah di hari kiamat tanpa memiliki hujjah. Dan siapa sahaja yang mati sedangkan di lehernya tidak ada bai'at, maka matinya adalah mati jahiliyah”. 

Nabi SAW telah menmfardhukan kepada seluruh kaum Muslimin agar di atas leher mereka terdapat bai'at. Beliau menyifatkan orang yang meninggal sementara di atas lehernya tidak terdapat bai'at, ia mati dalam keadaan mati jahiliyyah (berdosa besar). Dan bai'at itu hanya diberikan kepada Khalifah, bukan kepada yang lain. Hanya dengan adanya seorang Khalifah, maka di atas leher kaum Muslimin akan ada baiat baik mereka membai'atnya secara langsung ataupun tidak. Kerana itu, hadis di atas merupakan dalil atas wajibnya mengangkat seorang Khalifah. 

Hisyam Bin Urwah meriwayatkan dari Abi Salih dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

"Setelahku akan ada para pemimpin di antara kalian. Maka ada yang baik kemudian berlalu dengan kebaikannya. Begitu pula ada yang jahat kemudian berlalu dengan kejahatannya. Maka dengari dan taatilah (perintah dan larangan) mereka, bila sesuai dengan kebenaran. Bila mereka berbuat baik, maka itu menjadi hak kalian (untuk mendapatkan kebaikannya). Dan apabila mereka berbuat jahat, maka itu adalah hak dan sekaligus kewajiban kalian (untuk mengingatkannya)." 

Imam Muslim meriwayatkan dari Al A'raj dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bersabda, 

"Sesungguhnya imam itu adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung." 

Imam Muslim juga meriwayatkan dari Abi Hazim yang berkata, 

"Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun, pernah aku mendengarnya menyampaikan hadis dari Rasulullah SAW yang bersabda: 'Dahulu, Bani Israel dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para Nabi. Setiap kali seorang Nabi meninggal, digantikan dengan Nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada Nabi sesudahku. (tetapi) nanti akan ada ramai Khalifah'. Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?' Baginda menjawab: 'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka." 

Dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

"Siapa sahaja yang membenci sesuatu dari amirnya (Khalifah) hendaklah ia tetap bersabar. Sebab, siapa sahaja yang keluar (memberontak) dari penguasa sejengkal sahaja kemudian mati dalam keadaan demikian, maka matinya adalah seperti mati jahiliyyah."

Hadis-hadis di atas antara lain merupakan ikhbar (pemberitahuan) dari Rasulullah SAW bahawa akan ada para penguasa yang memerintah kaum Muslimin dan bahawa seorang Khalifah adalah laksana perisai. Sabda Rasulullah SAW bahawa "seorang imam itu laksana perisai" menunjukkan pemberitahuan tentang adanya makna yang membawa fungsi tertentu dari keberadaan seorang imam dan ini merupakan suatu thalab (tuntutan). Ini kerana setiap pemberitahuan yang berasal dari Allah SWT dan RasulNya, apabila ia mengandungi celaan (adz-dzam) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk meninggalkan (thalabu at- tarki) atau merupakan larangan (nahyi) dan apabila ia mengandungi pujian (al-madhu) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk melakukan perbuatan (thalab al-fi'li). Dan apabila pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu menyebabkan tegaknya hukum syara', atau jika ditinggalkan mengakibatkan terabainya hukum syara', maka tuntutan untuk melaksanakan perbuatan itu bererti bersifat tegas (thalab jazim) yakni bermaksud wajib melaksanakannya. 
    
Dalam hadis-hadis ini juga disebutkan bahawa yang memimpin dan mengatur kaum Muslimin adalah para Khalifah dan bukan yang lainnya. Ini menunjukkan tuntutan untuk mendirikan Khilafah. Salah satu hadis tersebut ada yang menjelaskan keharaman kaum Muslimin keluar (memberontak) dari penguasa. Semuanya ini menegaskan bahawa kegiatan mendirikan pemerintahan bagi kaum Muslimin statusnya adalah wajib. Selain itu, Rasulullah SAW telah memerintahkan kaum Muslimin untuk mentaati para Khalifah dan memerangi orang yang ingin merebut kekuasaan mereka. Perintah Rasul ini adalah perintah untuk mengangkat seorang Khalifah dan memelihara keKhilafahannya dengan cara memerangi orang-orang yang ingin merebutnya. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, 

"Siapa sahaja yang telah membai'at seorang imam (Khalifah), lalu ia memberikan huluran tangan dan buah hatinya, hendaknya ia mentaatinya jika ia mampu. Apabila ada orang lain yang hendak merebutnya, maka penggallah leher orang itu."

Jadi, perintah mentaati imam (Khalifah) bererti pula perintah mewujudkan sistem keKhilafahannya. Sedangkan perintah memerangi orang yang merebutnya merupakan indikasi (qarinah) yang menegaskan secara pasti akan kewajipan melestarikan adanya pemimpin yang tunggal (Khalifah) di tengah-tengah kaum Muslimin. 

Adapun dalil ijma' sahabat menunjukkan bahawa para sahabat telah bersepakat mengenai kewajipan mengangkat seorang pengganti Rasulullah SAW setelah baginda wafat. Mereka juga sepakat untuk mengangkat seorang Khalifah sepeninggalan Abu Bakar, Umar Bin Khattab dan Uthman Bin Affan. Ijma' sahabat yang menekankan peri pentingnya pengangkatan Khalifah, nampak jelas dalam kejadian di mana mereka menunda kewajiban mengebumikan jenazah Rasulullah SAW dan mendahulukan urusan pengangkatan seorang Khalifah, pengganti Nabi. Padahal, menguburkan mayat secepatnya adalah suatu tuntutan dan diharamkan atas kaum Muslimin menunda pengebumian tanpa sebab. Namun, sebahagian sahabat ternyata lebih mendahulukan urusan untuk mengangkat Khalifah berbanding pengebumian jenazah Rasulullah SAW. Sebahagian sahabat yang lain, yang tidak ikut dalam urusan mengangkat Khalifah ternyata tidak membantah penundaan urusan pengebumian jenazah Nabi SAW sampai dua malam, padahal mereka mampu mengingkari hal itu dan mengebumikan jenazah Nabi secepatnya. Fakta ini menunjukkan adanya kesepakatan (ijma’) mereka untuk segera melaksanakan kewajiban mengangkat Khalifah daripada menguburkan jenazah Nabi sendiri. Hal itu tidak akan terjadi, kecuali jika status hukum mengangkat seorang Khalifah lebih wajib dari pada menguburkan jenazah.

Demikian pula bahawa seluruh sahabat selama hidup mereka telah sepakat mengenai kewajiban mengangkat Khalifah. Walaupun sering muncul perbezaan pendapat mengenai siapa yang lebih layak untuk dipilih dan diangkat menjadi Khalifah, namun mereka tidak pernah berselisih pendapat sedikit pun mengenai wajibnya mengangkat seorang Khalifah, baik ketika wafatnya Rasulullah SAW mahupun ketika pergantian masing-masing Khalifah yang empat. Oleh kerana itu, ijma' sahabat merupakan dalil yang tegas dan kuat mengenai kewajiban mengangkat Khalifah. 

Selain itu, menegakkan agama dan melaksanakan hukum syara' dalam semua aspek kehidupan dunia mahupun akhirat adalah kewajiban yang dibebankan atas seluruh kaum Muslimin, berdasarkan dalil yang qath'i tsubut (pasti sumber pengambilannya) dan qath'i dalalah (pasti penunjukan maknanya). Kewajiban tersebut tidak mungkin boleh dilaksanakan dengan sempurna kecuali dengan adanya seorang penguasa yang menerapkan Islam. Kaedah syara' menyatakan, 

"Apabila suatu kewajiban tidak terlaksana kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu hukumnya adalah wajib." 

Ditinjau dari kaedah ini, mengangkat seorang Khalifah hukumnya adalah wajib kerana Khalifahlah orang yang berkuasa melaksanakan hukum syara’ dalam seluruh aspek kehidupan. 
    
Disamping itu, Allah SWT memerintah kepada Rasulullah SAW agar menerapkan hukum di tengah-tengah kaum Muslimin dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Perintah Allah kepada Rasul tersebut berbentuk tegas (thalaban jaziman). Allah SWT berfirman yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, 

"Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu” [TMQ al-Maidah (5):48]. 

Dalam ayat lain, 

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu" [TMQ al-Maidah (5):49].

Seruan/perintah untuk Rasulullah SAW juga merupakan seruan/perintah untuk umatnya, selama tidak ada dalil yang mentakhsis (mengkhususkan)nya. Dalam hal ini, tidak terdapat satu dalil pun yang mentakhsis perkara ini, maka dalil tersebut juga merupakan seruan/perintah kepada kaum Muslimin agar menegakkan pemerintahan mengikut apa yang diturunkan oleh Allah.

Allah SWT memfardhukan kepada kaum Muslimin untuk mentaati ulil amri atau para penguasa. Hal itu membuktikan bahawa ‘kewujudan’ ulil amri itu adalah wajib bagi kaum Muslimin. Allah SWT berfirman, 

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu" [TMQ an-Nisa’(4):59]. 

Allah tentunya tidak memerintahkan untuk kita taat kepada ‘orang’ yang tidak ada. Ini membuktikan bahawa ‘mewujudkan’ waliyul amri (penguasa) itu hukumnya adalah wajib, yang  bererti,  ketika Allah memerintahkan ketaatan kepada waliyul amri, Dia juga memerintahkan agar mewujudkannya (jika ia tidak ada). Sedangkan adanya waliyul amri tersebut memiliki konsekuensi tegaknya hukum syara' dan berdiam diri tanpa mewujudkan waliyul amri membawa konsekuensi lenyapnya hukum syara'. Oleh yang demikian, hukum mewujudkan ulil amri (Khalifah) adalah wajib. Oleh kerana meninggalkannya membawa konsekuensi tidak terwujudnya hukum syara', maka hukum mengabaikannya adalah haram. 

Dalil-dalil di atas semuanya menegaskan kewajipan mewujudkan pemerintahan dan kekuasaan bagi kaum Muslimin, sekaligus menegaskan wajibnya mengangkat seorang Khalifah untuk memegang tampuk pemerintahan dan kekuasaan. Kewajipan mengangkat Khalifah tersebut adalah demi melaksanakan hukum-hukum syara', bukan sekadar mewujudkan pemerintahan dan kekuasaan sahaja. Perhatikanlah sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim melalui 'Auf bin Malik, 

"Sebaik-baik pemimpin kalian ialah mereka yang kalian cintai dan mereka pun mencintai kalian; mereka mendoakan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Seburuk-buruk pemimpin kalian ialah mereka yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian". Ditanyakan kepada Rasulullah: 'Wahai Rasulullah, tidakkah kita perangi sahaja mereka?' Beliau menjawab: 'Jangan, selama mereka masih menegakkan solat (hukum Islam) di tengah-tengah kalian."

Hadis ini menegaskan akan adanya para pemimpin yang baik dan yang jahat, selain menegaskan keharaman memerangi mereka dengan senjata selama mereka masih menegakkan agama. Ini kerana "menegakkan solat" merupakan kinayah (kiasan) kepada “menegakkan agama dan sistem pemerintahan”. Dengan demikian, jelaslah bahawa kewajiban kaum Muslimin untuk mengangkat seorang Khalifah demi menegakkan hukum Islam dan mengembang dakwah merupakan suatu perkara yang tidak ada lagi syubhat (kesamaran) pada dalil-dalilnya. Di samping itu, hal tersebut termasuk suatu kewajiban yang difardhukan oleh Allah SWT bagi kaum Muslimin, yakni terlaksananya hukum Islam dan terpeliharanya kesatuan kaum Muslimin.

Berdiam diri terhadap kewajiban mengangkat seorang Khalifah merupakan suatu perbuatan maksiat yang paling besar. Ini kerana hal itu bererti berdiam diri terhadap salah satu kewajiban yang amat penting dalam Islam, di mana tegaknya hukum Islam (bahkan eksistensi Islam dalam kancah kehidupan) bertumpu kepadanya. Oleh kerana itu, seluruh kaum Muslimin akan berdosa besar bila berdiam diri terhadap kewajiban mengangkat seorang Khalifah. Namun apabila sebahagian kaum Muslimin melaksanakan kewajiban itu sedangkan sebahagian yang lain tidak melaksanakannya, maka dosa itu akan gugur bagi mereka yang telah berusaha (namun kewajipan itu tetap dibebankan atas mereka sampai berhasil diangkatnya seorang Khalifah). Ini adalah kerana menyibukkan diri untuk melaksanakan suatu kewajiban akan menggugurkan dosa atas ketidakmampuannya melaksanakan kewajiban tersebut. Hal ini kerana mereka telah (dan sedang) berusaha melaksanakan kefardhuan, namun keadaan memaksanya sehingga masih gagal menyempurnakan kefardhuan tersebut. 

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dalam aktiviti menegakkan Khilafah akan terus menanggung dosa sejak tiga hari setelah tidak adanya Khilafah (tiadanya Khilafah bermula sejak 28 Rajab 1342H / 3 Mac 1924). Dosa itu akan tetap dipikulnya hingga ke hari pengangkatan Khilafah yang baru. Ini kerana, Allah SWT telah mewajibkan kepada mereka suatu kewajipan tetapi mereka tidak mengerjakannya, bahkan tidak terlibat dalam usaha-usaha yang menyebabkan terlaksananya kewajipan tersebut. Oleh kerana itu, mereka layak menanggung dosa, layak menerima seksa Allah dan kehinaan baik di dunia mahupun di akhirat. Layaknya mereka menanggung dosa ini adalah suatu hal yang jelas dan pasti sebagaimana seorang Muslim layak menerima seksa kerana meninggalkan kewajipan-kewajipan lain yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Apalagi kewajipan menegakkan Khilafah merupakan punca kepada pelaksanaan kewajipan-kewajipan lain, punca penerapan syari'at Islam secara menyeluruh, bahkan menjadi punca eksistensi tegaknya Islam sehingga panji Allah dapat berkibar di negeri-negeri kaum Muslimin dan seluruh penjuru dunia.

Oleh kerana itu, tidak ada uzur (alasan) apapun bagi seorang Muslim di muka bumi ini untuk berdiam diri terhadap pelaksanaan kewajiban menegakkan agama yang telah difardhukan oleh Allah ini kepada mereka. Kefardhuan ini adalah di dalam bentuk menegakkan Khilafah dalam keadaan muka bumi ini belum ada Khilafah dan dalam keadaan tidak ada orang yang menegakkan hukum Allah dan dalam keadaan tidak ada orang yang menegakkan hukum-hakam agama untuk menyatukan seluruh jamaah kaum Muslimin di bawah panji La Ilaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah. Sesungguhnya di dalam Islam tidak ada rukhshah (keringanan) sedikitpun yang membolehkan seseorang Muslim itu berdiam diri terhadap pelaksanaan kewajiban yang telah difardhukan oleh Allah SWT, sehinggalah kewajiban tersebut tertegak dan demi sesungguhnya, sistem pemerintahan Islam itu adalah sistem Khilafah, bukannya sistem demokrasi, republik, monarki, teokrasi, federasi atau yang lainnya [Nidzamul Hukmi Fil Islam, Taqiyuddin an-Nabhani].


SUMBER

Friday, May 10, 2013

RAMBUT KAUM HAWA

TRUST

3 TANDA CIRI ORANG YANG SEDANG JATUH CINTA … ~


Menurut hadits Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu).

Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga: (1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, (2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan (3) lebih suka mengikutikemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Semoga Kita Lebih Mencintai ALLAH SWT dari pada segalanya..

Thursday, May 9, 2013

Fakta (Jangan Meniup Air Panas Yang Akan Diminum)




NABI MUHAMMAD SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. 

Baginda tidak menerangkan kenapa tapi baginda melarang keras hal tersebut. Ternyata dalam penelitian Sains, air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2).

Maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka akan mengakibatkan penyakit jantung.

Doa Bulan Rejab



#Tazkirah#

#107 CARA MEMBUAT KITA SEMANGAT SHOLAT MALAM#





Shalat malam adalah jalan bagi orang-orang shalih sepanjang masa. Karena shalat malam dilakukan di saat manusia tertidur pulas, maka tidak semua orang dapat melakukannya sama sekali atau tidak dapat melakukannya secara istiqamah. Kerap kali jiwa dihinggapi rasa malas dan tidak bersemangat. Berikut ini adalah 107 cara yang akan membuat anda giat dan bersemangat dalam melakukan shalat malam, dengan izin Allah:

1. Ikhlas karena Allah Ta'ala dalam menunaikan shalat malam.
2. Merasa dipanggil oleh Allah yang Maha Mulia untuk shalat malam.
3. Rasulullah memanggilmu untuk shalat malam.
4. Mengetahui sejauh mana para salaf merasakan kenikmatan dalam shalat malam.
5. Tidur di atas sisi tubuh sebelah kanan.
6. Memahami bahwa shalat malam adalah salah satu faktor yang dapat menghilangkan kelalaian hati.
7. Sadar bahwa Allah Ta'ala melihat dan mendengar shalatmu di malam hari.
8. Mengetahui sejauh mana kesungguhan Rasulullah dalam shalat malam.
9. Memperhatikan sifat-sifat orang yang bersungguh-sungguh di malam hari.
10. Berdo'a kepada Allah Ta'ala agar memudahkanmu shalat malam.
11. Tidur dalam keadaan suci.
12. Mengetahui bahwa Allah Ta'ala tertawa senang kepada orang yang shalat malam.
13. Mengetahui bahwa Nabi tidak pernah meninggalkan shalat malam walau dalam keadaan sakit.
14. Mengetahui sejauh mana kesungguhan para sahabat dalam shalat malam.
15. Tidur awal setelah shalat isya'.
16. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab keberuntungan dengan mendapatkan bidadari bermata cantik.
17. Tidur dengan niat bangun untuk shalat malam.
18. Mengetahui bahwa Allah Ta'ala membanggakan orang yang shalat malam di hadapan para malaikat-Nya.
19. Mengetahui bahwa Nabi tidak pernah meninggalkan shalat malam walau di medan jihad.
20. Menjauhi dosa dan kemaksiatan.
21. Menjaga dzikir-dzikir syar'i sebelum tidur.
22. Mengetahui pahala besar yang disediakan oleh Allah Ta'ala bagi orang yang ahli shalat malam.
23. Rasulullah tidak pernah meninggalkan shalat malam sekalipun dalam keadaan bepergian.
24. Mengetahui sejauh mana kesungguhan wanita salaf dalam shalat malam.
25. Mengetahui sejauh mana langka dan asingnya orang yang shalat malam.
26. Memahami bahwa shalat malam adalah sebab kebahagiaan hati dan kelapangan dada.
27. Menjauhi banyak makan dan minum.
28. Mengetahui bahwa Nabi mendidik istri-istrinya untuk shalat malam.
29. Mengetahui sejauh mana perhatian para umara' dan khulafa' akan shalat malam.
30. Menyadari bahwa setan senantiasa berusaha menghalangimu dari shalat malam.
31. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab kemenangan atas musuh-musuh dalam medan jihad.
32. Tidak berselimut dengan selimut yang banyak saat tidur.
33. Mengetahui bagaimana Nabi mendidik putri-putri beliau untuk shalat malam.
34. Merenungkan munajat ahli shalat malam kepada Rabb mereka.
35. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab keselamatan dari api neraka.
36. Tidak berlebih-lebihan dalam tidur.
37. Mengetahui wasiat-wasiat salaf tentang shalat malam.
38. Introspeksi diri dan mencelanya ketika meninggalkan shalat malam.
39. Mengetahui bahwa Rasulullah mengajak kita untuk berlomba-lomba dalam shalat malam.
40. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab keberuntungan untuk mendapatkan sorga.
41. Memerangi nafsu dan kebenciannya terhadap shalat malam.
42. Menjaga dzikir-dzikir syar'i saat terbangun atau bangun dari tidur.
43. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab yang meringankan kesusahan saat berdiri panjang di hari kiamat di padang makhsyar.
44. Mengetahui bahwa Nabi mencari-cari para sahabatnya dan membangunkan mereka untuk shalat malam.
45. Mengetahui sejauh mana kesedihan dan tangisan para salaf saat kehilangan shalat malam.
46. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab dihapusnya dosa-dosa.
47. Memperhatikan makanan yang halal.
48. Saling mewasiatkan untuk shalat malam.
49. Mengetahui bagaimana para salaf saling memberi wasiat di antara mereka untuk shalat malam.
50. Mengetahui bahwa shalat malam adalah kemuliaan yang sebenarnya bagi seorang mukmin.
51. Mengetahui sejauh mana kesungguhan para ulama dalam shalat malam.
52. Mendidik jiwa untuk memiliki cita-cita yang tinggi dan menggantungkannya dengan tempat yang tinggi.
53. Mengetahui bahwa shalat malam adalah hubungan langsung dengan Allah Ta'ala.
54. Menghadirkan sorga dan kenikmatannya.
55. Memercikkan air di wajah saat bangun untuk shalat malam.
56. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab khusnul khatimah.
57. Mengetahui bagaimana para salaf lebih mengutamakan shalat malam daripada bercengkerama dengan istri dan anak-anak.
58. Menuduh diri sendiri telah sembrono terhadap shalat malam.
59. Menghadirkan kengerian neraka dan adzabnya dalam ingatan.
60. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab dikabulkannya do'a.
61. Bersiwak saat bangun untuk shalat malam.
62. Mengetahui bahwa rutin melakukan shalat malam adalah sebab meninggalkan dosa-dosa.
63. Mengetahui bagaiman wanita salaf membangunkan suami-suami mereka untuk shalat malam.
64. Menghukum diri karena meninggalkan shalat malam.
65. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab teguh di atas jalan istiqamah.
66. Zuhud di dunia.
67. Kadang-kadang shalat malam berjama'ah.
68. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab keberuntungan dengan mendapatkan kecintaan Allah Ta'ala.
69. Menjauhi banyak tertawa dan perbuatan sia-sia.
70. Para salaf tidak menginginkan kehidupan kecuali untuk shalat malam.
71. Menggantungkan diri dengan akhirat.
72. Mengetahui bawa shalat malam adalah sebab kewibawaan dan cerahnya wajah.
73. Membatasi angan-angan dan memperbanyak ingat mati.
74. Mengetahui bahwa shalat malam adalah penolong dalam menghadapi beban dan kesulitan hidup yang besar.
75. Membangunkan istri dan keluarga untuk shalat malam.
76. Mengetahui bahwa shalat malam akan memberikan syafaat kepada pelakunya pada hari kiamat.
77. Para salaf merasa sedih karena kehilangan shalat malam sementara mereka dalam keadaan sakarat.
78. Mendidik jiwa untuk berlomba-lomba dalam ketaatan.
79. Mengetahui bahwa orang yang melakukan shalat malam lebih diutamakan di tengah manusia daripada yang lain.
80. Mengingat kubur dan kengeriannya.
81. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab keberuntungan mendapatkan rahmat Allah.
82. Menyuruh orang lain agar membangunkanmu untuk shalat malam.
83. Para salaf bergembira dengan datangnya malam hari, dan bersedih dengan perpisahan dengannya.
84. Rutin dan terus menerus shalat malam.
85. Menghadirkan kiamat dan kengeriannya dalam ingatan.
86. Memulai shalat malam dengan dua rakaat ringan... Para salaf saling membagi shalat malam di antara mereka.
87. Mengetahui pentingnya saat-saat di waktu malam dan di waktu sahur.
88. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab tertolaknya penyakit dari badan.
89. Bertingkat atau bertahap dalam jumlah rakaat dan lamanya berdiri.
90. Para salaf menjaga shalat malam sekalipun dalam keadaan sakit.
91. Mengetahui bahwa para malaikat akan mendengar orang yang shalat di malam hari.
92. Mengetahui bahwa shalat malam adalah pendidikan Ikhlas bagi jiwa.
93. Para salaf mendidik istri-istri, dan ibu-ibu mereka untuk shalat malam.
94. Mengetahui bahwa shalat malam adalah disyari'atkan sekalipun pada umat-umat terdahulu.
95. Menggunakan sesuatu yang bisa menolak kantuk dari seseorang yang shalat.
96. Mengetahui bagaimana salaf mendidik anak-anak mereka untuk shalat malam.
97. Mengetahui bahwa hewa-hewan berdzikir kepada Allah Ta'ala sementara engkau dalam keadaan tidur.
98. Mengetahui bahwa shalat malam adalah membersihkan jiwa dari penyakit dan hamanya.
99. Mengetahui bagaimana salaf mendidik tamu-tamu mereka untuk shalat malam.
100. Melakukan shalat malam dengan cara bergantian antara berdiri dan duduk.
101. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebuah tarbiyah bagi jiwa untuk tertambat dengan tempat yang tinggi.
102. Mengetahui bagaimana salaf mendidik murid-murid mereka untuk shalat malam.
103. Mengetahui bahwa shalat malam adalah sebab taufik, kemudahan dan pemahaman.
104. Mengqadha shalat malam di siang hari jika kehilangan shalat malam karena udzur.
105. Para salaf menjaga shalat malam sekalipun dalam keadaan safar.
106. Memperhatikan tidur siang.
107. Mengetahui keutamaan shalat malam atas shalat siang.

(Dari kitabKaifa Tatahammas li Qiyamil lai, Ibrahim Sarhan)

Monday, May 6, 2013

Pemimpin Yang Harus (wajib) Ditaati


Salah satu kewajiban seorang muslim adalah taat kepada pemimpin. Ini didasarkan pada suatu kenyataan bahwa, ketaatan merupakan sendi asas tegaknya suatu kepemimpinan dan pemerintahan. Tanpa ketaatan dan kepercayaan kepada pemimpin, kepemimpinan dan pemerintahan tidak mungkin tegak dan berjalan sebagaimana mestinya. Jika rakyat tidak lagi mentaati pemimpinnya maka, roda pemerintahan akan lumpuh dan akan muncul fitnah di mana-mana. Atas dasar itu, ketaatan kepada pemimpin merupakan keniscayaan bagi tegak dan utuhnya suatu negara. Bahkan, dasar dari ketertiban dan keteraturan adalah ketaatan. 


Rasulullah Saw selalu menekankan kepada umatnya untuk selalu taat kepada pemimpin dalam batas-batas syari’atnya. Nash-nash syara yang berbicara tentang ketaatan kepada pemimpinan jumlahnya sangat banyak. Di dalam al-Qur’an Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu sekalian kepada Allah dan RasulNya, serta pemimpin diantara kalian.”(Qs. an-Nisâ’ [5]: 59).

Ketaatan kepada pemimpin juga banyak disentuh di dalam sunnah. Rasulullah Saw bersabda:

Dari Ibnu ‘Umar ra dari Nabi Saw, beliau Saw bersabda: “Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiyat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiyat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim].

Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah Saw bersabda: “Barangsiapa yang melepaskan tangannya dari ketaatan, maka kelak di hari akhir ia akan bertemu dengan Allah SWT tanpa memiliki hujjah. Barangsiapa mati, sedangkan di lehernya tidak ada bai’at maka, matinya seperti mati jahiliyyah.” [HR. Muslim].

Dari Anas ra, ia berkata: Rasulullah Saw bersabda: “Dengarkanlah dan taatilah olehmu, walaupun yang memimpin kamu adalah seorang budak dari Ethiopia yang bentuk kepalanya seperti biji kurma.” [HR. Bukhari].

Dari Ibnu ‘Abbas ra, bahwasanya Rasulullah Saw bersabda: “Barangsiapa yang membenci sesuatu dari tindakan penguasanya, hendaklah ia bersabar, karena sesungguhnya orang yang meninggalkan penguasanya walupun hanya sejengkal, maka ia mati seperti mati di jaman jahiliyyah.” (Imam Nawawi, Riyâdl ash-Shâlihîn).

Rasulullah Saw bersabda: “Barangsiapa yang taat kepada penguasa maka, ia benar-benar telah taat kepadaku, dan barangsiapa yang durhaka kepada penguasa maka ia benar-benar telah durhaka kepadaku.” [HR. Bukhari dan Muslim].

Akan tetapi, ketaatan kepada pemimpin bukanlah ketaatan yang bersifat mutlak tanpa ada batasan. Ketaatan harus diberikan kepada pemimpin, selama dirinya taat kepada Allah SWT dan RasulNya. Jika pemimpin tidak lagi mentaati Allah dan RasulNya, maka tidak ada ketaatan bagi dirinya. Al-Qur’an telah memberikan batasan yang sangat jelas dan tegas dalam memberikan ketaatan. Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami.” (Qs. al-Kahfi [18]: 28).

“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir.” (Qs. Fâthir [35]: 52).

“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah.” [Qs. al-Qalam (68):8].

“Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina.” (Qs. al-Qalam [68]: 10).

“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka.” (Qs. al-Insân [76]: 24).

Meskipun ayat ini dari sisi khithab (seruan) ditujukan kepada Rasulullah Saw, akan tetapi khithab untuk Rasul juga merupakan khithab bagi umat islam. Atas dasar itu, kaum muslimin dilarang mengikuti atau mentaati pemimpin-pemimpin yang kafir, mendustakan ayat-ayat Allah SWT, serta banyak melakukan maksiyat di sisi Allah SWT. Dalam sebuah hadits Rasulullah Saw bersabda:

“Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiyat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiyat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim].

Bahkan, Rasulullah Saw mengijinkan umatnya untuk memerangi penguasa-penguasa yang telah menampakkan kekufuran yang nyata. Dari ‘Auf ibnu Malik, dituturkan: “...ditanyakan oleh para sahabat: ‘Wahai Rasulullah tidakkah kita serang saja mereka itu dengan pedang?’, Beliau menjawab: ‘Tidak, selama mereka masih menegakkan shalat di tengah-tengah masyarakat (maksudnya melaksanakan hukum-hukum syara’).”

Dalam hadits riwayat Ubadah Ibnu Shamit disebutkan:

“Dan hendaknya kami tidak menentang kekuasaan penguasa kecuali, ‘Apabila kalian melihat kekufuran yang terang-terangan, yang dapat dibuktikan berdasarkan keterangan dari Allah SWT.”

Makna sholat pada hadits riwayat ‘Auf bin Malik adalah hukum-hukum syari’at. Pengertian hadits-hadits di atas adalah, jika penguasa-penguasa itu telah menampakkan kekufuran yang nyata, iaitu menerapkan hukum-hukum kufur di negeri-negeri kaum muslim, maka kaum muslim diizinkan untuk menentang dan memisahkan diri dari mereka. Bahkan, apabila kita redha dan menyetujui tindakan-tindakan penguasa itu maka, kita akan berdosa di sisi Allah SWT. Rasulullah Saw bersabda:

“Akan ada pemimpin-pemimpin, yang kalian ketahui kema’rufannya (kebaikannya) dan kemungkarannya. Maka, siapa saja yang membencinya dia bebas (tidak berdosa), dan siapa saja yang mengingkarinya dia akan selamat. Tetapi, siapa saja yang rela dan mengikutinya (dia akan celaka).” [HR. Muslim].

Hadits ini menuturkan dengan sangat jelas agar kaum muslim menjauhi dan berlepas diri dari pemimpin-pemimpin yang telah menampakkan kekufuran yang nyata. Siapa saja yang membenci penguasa-penguasa yang tidak menerapkan Islam, dirinya akan terbebas dari siksaan Allah SWT. Sebaliknya, siapa saja yang meredhai dan mendiamkan kezaliman, dan kekufuran yang dilakukan oleh penguasa maka, dirinya akan mendapatkan siksaan di sisi Allah SWT.

Demi Allah, masalah memberikan ketaatan kepada pemimpin bukanlah masalah yang remeh. Apabila kita salah memberikan ketaatan, balasannya adalah siksa dan pahala dari Allah SWT. Ketaatan kepada pemimpin yang menjalankan syariat Allah adalah kewajiban yang tidak boleh ditinggalkan oleh seorang muslim. Namun, ketaatan pemimpin yang menolak dan menjauhi aturan Allah adalah larangan yang tidak boleh dilanggar oleh setiap muslim. Atas dasar itu, ketaatan yang diberikan kepada pemimpin akan memberikan implikasi pahala dan siksa.

Seorang mukmin tidak boleh menyatakan, “Kami ini adalah rakyat yang hanya mengikuti pemimpin. Bilamana, jika apa yang ditetapkan oleh pemimpin itu salah maka pemimpinlah yang salah, sedangkan kami hanya orang yang mengikuti keputusan pemimpin, jadi kami tidak berdosa.” Sungguh, perkataan semacam ini telah ditangkis oleh al-Qur’an. Allah SWT berfirman:

“Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata, ‘Alangkah baiknya, andaikan kami taat kepada Allah dan taat kepada Rasul.’ Dan mereka berkata, ‘Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka adzab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukann yang besar.” (Qs. al-Ahzab [33]: 66-68).

Para penghuni neraka selalu bersetuju dan mengikuti tingkah laku pembesar dan pemimpin. Padahal, pembesar dan pemimpin itu telah menyesatkan mereka. Atas dasar itu, setiap orang akan diminta pertanggungjawaban di sisi Allah, ketika dirinya memberikan ketaatan kepada pemimpin. Siapa saja yang mengikuti an bersetuju pemimpin-pemimpin yang melepaskan dirinya dari aturan-aturan Allah, kelak mereka akan mendapat siksa yang sangat pedih. Sementara itu, pemimpin dan pembesar yang menyesatkan rakyatnya, mereka akan mendapatkan siksa dua kali lebih berat daripada orang yang disesatkannya. Na’udzu billahi min dzalik.

Wednesday, May 1, 2013

TIPS : Cara Mudah Nak tidurkan Bayi Anda




1. Tukarkan lampin yang baru/bersih

2. Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru/bersih

3. Ambil lotion/minyak angin dan urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut simanja anda.

4. Jika masih tak mahu tidur, cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin/lotion.

5. Urutan pada bahagian badan,perut, betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda.

Anda tidak perlu mengunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan simanja anda. Kerana tidur yang paling baik adalah dengan menidurkan bayi diatas tilam dan dengan keadaan mengereng ke kanan.


Sharing is Caring :)

APA ITU ISTIDRAJ?




Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

PUDING ROTI MARBLE


Bila tengok gambar jer dah sedap.. bertuahnya kalau memiliki insan yang pandai masak.. semoga saya dikurniakan insan seperti itu. so, nie resepinya kalau dah terliur sangat.. hehe

Bahan-bahan
BAHAN A
25 gram agar-agar serbuk
2500 ml air
500 gram gula

BAHAN B
7 keping roti(saya guna gardenia,sekali kulit roti tu)
1 tin susu cair
1 cawan air
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
Pewarna(mengikut kesukaan masing2)

Cara membuatnya
Bahan A dimasak sehingga mendidih
Bahan B disatukan dan blend hingga hancur,kemudian masukkan ke dalam Bahan A,masak sehingga mendidih
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas dan titiskan pewarna kesukaan
Tuang/marblekan adunan secara berselang-seli mengikut kreativiti
Sejukkan di dalam fridge
Sedia untuk dipotong 

PERBEZAAN ANTARA IKAN KELI HALAL DAN HARAM




Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 
· Kepala berbentuk 'V' 
· Bentuk badan mirip torpedo 
· Badan berwarna hitam berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 
· Kepala berbentuk 'U' 
· Bentuk badan tirus 
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
· Digoreng tidak meletup 

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.