Tuesday, November 26, 2013

MENGAPA CINTA SEMAKIN PUDAR?


Jika cinta semakin pudar di hati, kasih sayang akan mula terhakis dan terancam walau pun kita bermati-matian mengatakan cinta itu tetap milik kita. sayangnya dalam berjuang mempertahankan atau cuba mengembalikan cinta pasangan, apa yang berlaku adalah kita tidak kembali merebut cinta dengan cinta.

Kita salah langkah, salah bertindak juga salah mengadaptasikan kembali rasa cinta itu kepada suatu hubungan yang harmonisJusteru itu cinta akan semakin jauh untuk dikembalikan, semakin jauh untuk diraih kerana kita membuatkan hubungan semakin jauh untuk dikembalikan, semakin jauhuntuk diraih kerana kita membuatkan hubungan semakin jauh, semakin panas dengan rasa marah, rasa baran dan sebagainya. mengapa cinta semakin pudar? mengapa susah meraih cinta? mungkin ini jawapannya:

Bertemu orang lain
Salah satu sebab utama mengapa cinta putus, ialah apabila anda bertemu orang lain yang dirasakan sangat memahami jiwa raga anda. anda juga merasakan sikap-sikap pasangan semakin membosankan malah anda mula melihat kelemahannya tidak kira cara penampilan, caranya bercakap dan sebagainya. jadi bila anda bertemu seorang yang sesuai, anda akan meninggalkan dirinya dan pergi kepada orang yang anda rasakan sesuai.

Cuai menjaga hati
hati adalah satu perasaan yang sangat halus. Hanya mereka yang benar-benar bercinta sahaja yang dapat merasainya. Namun ada kalanya mulut saja mengungkapkannya namun tidak dengan perasaan. Sebabnya sesetengah pasangan beranggapan, bila kata-kata sayang sudah diluahkan itu tandanya satu ikatan sudah termeterai. Namun jika hanya percakapan sahaja tetapi tidak disertakan dengan cara, perbuatan dan sebagainya, hati tidak akan merasai nikmat cinta itu. Tidak hairanlah ia semakin pudar dan hanya tunggu masa untuk berpisah.

Bosan
Selain bertemu orang lain dan anda cuai menjaga hatinya, salah satu perkara lagi ialah mengapa diri menjauhi pasangan adalah kerana bosan. Bila anda menjalin hubungan terlalu lama, terikat dengan satu komitmen, anda akan mudah bosan. Bila asyik bertemu orang yang sama, bekerja ditempat yang sama, pergi dan balik juga sama dan semua ini akan membuatkan suasana sangat membosankan. Kesannya rasa cinta anda akan semakin berkurangan.

Jarak semakin jauh
Cinta memerlukan pengorbanan, kasih sayang dan sebagainya. Namun cinta akan semakin pudar bila mana hubungan anda semakin menjauh terutama apabila anda menjalin suatu hubungan terlalu lama. Awalnya anda merasakan pasangan seorang yang sangat membosankan, lama kelamaan bila hati semakin menjarak, silap-silap anda merasakan pasangan adalah seekor dinausour yang perlu anda jauhi.

Tiada lagi sefahaman
Semakin lama mengenali pasangan, anda sudah tahu buruk dan baiknya. Apabila semakin banyak keburukkan pasangan yang anda nampak, anda akan semakin menjauhinya dengan pelbagai alasan. Selain itu, anda juga akan kerap bergaduh walau pun untuk hal-hal remeh-temeh bila cinta tidak lagi wujud.

Kesimpulannya, pengorbanan di perlukan. Untuk memastikan pasangan anda sentiasa berbahagia. kadanga-kala melihat kebahagiaan pasangan adalah satu kepuasan bagi mereka yang tahu menilai kebahagian.

PERHATIAN ! TANDA TERKENA SIHIR CINTA !


- Tanda disihir : Orang yang dari dulu kita tak suka, tiba-tiba jadi suka sgt dan nak kahwin.. sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari..perkahwinan tiba-tiba dibatalkan, tiba-tiba malas melayan suami/isteri..

- Bagaimana disihir : Selalu orang guna minyak dagu..Korek kubur orang mati kemalangan/ mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dgn berita dlm newspaper untuk tahu kat mana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah & nyalakan api di dagu.. keluarlah minyak jadi minyak dagu..

- Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa/ baju mangsa/ even baju di jemuran. Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (especially yg tak berbasuh lagi dan ada peluh), baju dalam, juga guna gambar dari FB (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh)

- Kalau rasa terkena sihir, cuci tempat dicalit (buang physically). Baca ayat2 Quran kat perfume/ air (ia akan jadi syifa') dan gosok tempat tu. Selalu kalau tekan perlahan nadi org disihir, dia akan menjerit. Kalau mangsa x perasan dia disihir, selalu org sekeliling perasan perubahan tingkahlaku. Cepat2 dpt rawatan

- Rawatan:

--> Ayat kursi
--> 3 kul
--> Yunus: 81-82
--> Al-A'raf: 117 - 122
--> Taha: 69

Tiup ke tapak tangan, sapu seluruh badan hingga kaki

- Elak sihir: Jaga solat, jaga akidah, lepas solat jangan bangun dulu hingga habis baca ayat Kursi

- Jangan jumpa bomoh(jumpa pakar perubatan Islam yang sah takpe). Hadis sahih muslim kata siapa jumpa tukang tilik (bomoh) dan bertanyakan soalan, solat tak diterima 40 hari 40 malam

Tanda2 seseorang itu bukan pengamal perubatan Islam :

-Minta nama ibu
-Minta barang/pakaian pesakit
-Minta ayam/binatang nak sembelih
-Baca jampi yang kita tak faham
-Memberikan tangkal
-Dia memakai tangkal
-Suruh tanam 'barang' untuk pendinding rumah
-Dia boleh nampak hingga berapa ekor syaitan/jin pada diri kita

- Sihir pelalau (jadi benci semua lelaki sampai xnak kahwin), Penunduk (nasi kangkang), Sihir tafrik (pemisah suami isteri)

BAGAIMANA ADAB KETIKA BERDOA

Photo: ~ DOA ~ Bagaimana Adabnya ?

DOA TAUBAT

Photo: z

BACAAN QUNUT

Photo: Assalamualaikum,tidak ramai yang menghayati doa qunut,kerana tidak faham,silakan share,mudahan mendapat kefahaman dalam solat terutama solat subuh.

Jom LIKE (Y) Koleksi Ayat-Ayat Islamik

DOA ELAK SIFAT MALAS

Photo: Sama2 doa :)

DOA MURAH REZEKI

Photo: Doa Murah Rezeki

KESAN SEBATANG ROKOK

Photo: RENUNGAN!!

Serius insaf.. sambil cucuh rokok dalam astray..

PERINGATAN SEBUAH PERKAHWINAN

Photo: Tanggungjawab masing2.kadang2 kita terlupa atau tak tahu...


*****
para ibu & bakal ibu, Dapatkan tips kehamilan bersama --> Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil (y)

Paper of Human Life

Photo

JIKA DIA BUKAN JODOHKU,


Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... 
Pudarkanlah keindahan wajahnya dari pandanganku... 
Aku tak ingin mencintai orang yang salah, sungguh...
Walaupun melupakannya sangat menyakitkan... 
Aku berusaha untuk sanggup... 
Gugurkanlah satu-persatu dengan perlahan semua kenangan yang senantiasa melekat erat dalam ingatanku... 
Kerana jika semuanya terhapus dalam waktu sekejap, aku takut itu akan menyiksa diriku sendiri...

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... 
Bantulah aku untuk mencabut perasaan tak biasa ini dari hatiku... 
Aku akan merasa bersalah dan mengutukuki diri jika dia yang kini bersemayam anggun di hatiku bukanlah qawwamku... 
Aku sadar itu tidaklah mudah kerana akarnya terlanjur membumi di hatiku... 
Tapi, demi keredhaan-Mu, apa yang tidak akan aku lakukan ?

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... 
Kumohon, jangan hadirkan susuknya lagi dalam mimpi-mimpi malamku... 
Kerana itu hanya membuatku semakin berandai-andai dan lalai dari mengingat-Mu...

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... 
Jauhkanlah,sejauh yang aku butuhkan untuk menjadikan namanya terdengar biasa saja di pendengaranku...
Kerana sungguh, atas perasaan ini aku tak mampu tenang bila mendengar namanya...

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... 
Jauhkanlah, sejauh jauh perasaan minat untuk menjadikan wajahnya terlihat biasa saja bagi diriku... 
Kerana sungguh atas perasaan ini hatiku tak bisa bergetar wajar bila memandang wajahnya...

Dan jika dia bukan jodohku, Ya Allah... 
Dekatkanlah qawwamku padaku, agar aku tak sengsara terlalu lama...

Aamiin...