DAULAH ISLAM TERCINTA
Daulah Islamiyah sememangnya mempunyai
bendera (Al-Liwa’) dan juga
panji
(Ar-Rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
semasa tegaknya Daulah Islamiyah pertama di Madinah al-Munawwarah pada
tahun 622M. Dari segi bahasanya, bendera dan panji di dalam bahasa Arab
disebut 'alam. Mengikut Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiya, ar-rayah
adalah al-'alam, yang jama’nya (majmuk) disebut sebagai rayaat. Juga
disebutkan dari akar kata lawiya bahawa al-liwa' adalah al-'alam, yang
jama’nya disebut sebagai alwiyah. Secara syar’ie, syara’ telah
menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan
ciri-ciri yang tertentu.
Bendera Al Liwa' : adalah berwarna putih dan tertera di atasnya
kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna
hitam.Kalimah tersebut bermaksud 'Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad
Rasulnya'.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera
Nabi Muhammad s.a.w.
berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu
Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafaz, "Bahawa pada bendera
Nabi Muhammad s.a.w. tertulis kalimat ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’.
Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh
Amirul Jihad (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi
Amirul Jihad tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al)
Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya.
Dari Jabir, "Bahawa
Nabi Muhammad s.a.w.
memasuki Makkah dengan membawa Bendera Al Liwa' berwarna putih." [HR
Ibnu Majah]. An-Nasa'i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa
semasa
Nabi Muhammad s.a.w. mengangkat Usama ibn Zaid sebagai
Amirul Jihad (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan Bendera Al Liwa' kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.
Panji Ar Rayah adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya
kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna putih.
Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita.
Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division,
Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah
Nabi Muhammad s.a.w.,
semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, "Aku benar-benar
akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan
Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah
memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari]. Saidina Ali karramallahu
wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division
ataupun regimen.
Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, "Kami datang ke Madinah, saat itu dan
Nabi Muhammad s.a.w.
sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan
beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat
banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: "Ini panji-panjii apa?"
Mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari
peperangan."
Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafaz, "Aku datang ke Madinah,
lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai,
dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal -ketika itu-
tangannya sedang memegang pedang dekat
Nabi Muhammad s.a.w..
Lalu aku bertanya: "Ada apa dengan orang-orang itu?" Mereka menjawab:
"Beliau (Nabi Muhammad s.a.w.) akan mengirim Amru bin Ash ke suatu
tempat."
Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan
bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera,
walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash.
Dalam riwayat An Nasa'i, dari Anas, "Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa
panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama
Nabi Muhammad s.a.w.." Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji
Nabi Muhammad s.a.w..
Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera
(liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi boleh terdapat banyak panji
(rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh
ketua unit masing-masing.
sumber : wikipedia