Monday, May 19, 2014

3 cara mudah meluahkan perasaan cinta tanpa kata-kata

Bagi seseorang yang menghargai perkataan cinta, ianya pasti agak sukar untuk mereka meluahkan perasaan itu. Adakah luahan yang dilakukan hanyalah semata-mata pengisytiharan atau komitmen yang sanggup diberikan?

Adakah ia hanya satu ucapan ringkas sebagai tanda penghargaan? adakah anda mengetahui tujuan utama anda meluahkannya? dan wujud pelbagai persoalan lagi. Ramai pendapat yang bersetuju bahawa luahan adalah tidak penting berbanding tindakan atau perlakuan. Utamakan tindakan terlebih dahulu kemudian barulah ianya disusuli pula dengan luahan kata-kata.

Tunjukkan penghargaan
Cara paling mudah untuk anda meluahkan perasaan cinta adalah dengan menunjukkan penghargaan kepada seseorang. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengekspresikannya. Ianya hanya terpulang kepada kreativiti anda sendiri. Salah satu contoh yang mungkin boleh diberikan adalah dengan memberikannya kad ucapan penghargaan, kata-kata yang merujuk penghargaan, tunjukkan rasa hormat kepadanya atau dengan memberikan hadiah. Ianya tidak seharus berbentuk meterialistik semata-mata, terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan anda.

Luangkan masa
Sekiranya anda sanggup untuk meluangkan masa terhadapnya, ia juga merupakan salah satu cara luahan perasaan yang terbaik. Terutamanya terhadap perhubungan yang melibatkan jarak jauh. Ianya bukan hanya boleh diaplikasi untuk pasangan bercinta sahaja, sebaliknya anda juga boleh menggunakannya sebagai luahan perasaan cinta kepada ibu bapa anda sendiri yang semestinya lebih penting dari segalanya. Disini anda perlu ingat bahawa wang bukanlah segala-galanya. (tapi segala-galanya memerlukan wang.. hehe)

Berikan sokongan
Disebalik kejayaan seseorang, pasti ada seseorang yang memberikannya seratus peratus sokongan untuk berusaha lebih gigih untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Sekiranya anda betul-betul mencintai seseorang itu, sentiasalah memberikan sokongan terhadap segala usaha yang sedang diusahakannya. Berkemungkinan berkat sokongan anda yang tidak putus-putas akan memberikan pulangan yang berharga bukan terhadap dirinya sahaja, tetapi diri anda juga.

Kisah Kesempurnaan: Teladan Jiwa

Photo: Tak perlu menemukan seseorang yang sempurna

(Taip Mynewshub Di Google - Enter - Temui Portal Terbaik)

,,,Suatu hari, aku bertanya kepada guru

Aku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurn a dalam hidup..?"

Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"

Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa..

Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun...???"

Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, karena aku pikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di ujung, aku baru sedar bahwa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!"

Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Karena sejatinya kesempurnaan yang hakiki tdk pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.."

• Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar & sulit, jangan membenci.
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan mengkeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.

"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita".

Sunday, May 18, 2014

Kerjayaku Si Juruukur Bahan: Tugas dan Tangungjawab

Bagi mereka yang begitu yang masih atau ingin menjadi seorang juruukur bahan. disini saya kongsikan tugas, peranan dan tangungjawab sebagai seorang juruukur bahan yang saya c&p untuk anda.

Tugas dan tanggungjawab asas seorang Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:

Gambar yang tiada kena mengena (nie gambar dalam lab concrete)

1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Dalam menentukan sesuatu projek yang dirancangkan sesuai atau tidak dengan lokasinya maka pihak Juruukur Bahan bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemungkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit.

2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontraktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti berdasarkan lukisan dari perunding arkitek dan jurutera. Ketepatan dalam menyediakan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Pihak Juruukur Bahan perlu menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.

Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahan
hendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.

3. Analisis tender.

Setelah tender ditutup, pihak Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja.

Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan akan mengesyorkan melalui Laporan Tender kepada majikan/klien sesebuah kontraktor yang dianggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja yang dicadangkan. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan.

4. Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak, spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja pihak kontraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara samada Borang JKR atau PAM. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuran yang telah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah dan mencukupi. Jika perlu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.

6. Penilaian kerja. 

Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.

7. Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Pegawai Penguasa/Arkitek seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak Setara, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Pegawai Penguasa/Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Pegawai Penguasa/Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.

10. Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.

Inilah beberapa peranan yang perlu di mainkan oleh seseorang yang bergelar QS.

Gambar kenangan semasa belajar 
(gambar diatas jambatan kedua Pulau Pinang semasa pembinaan)

Kerjayaku Si Juruukur Bahan : Common Dialogue

Photo: Architectural coordinator is my job... #proud

Sebenarnya kerjaya sebagai juruukur bahan atau bahasa inggerisnya Quantity serveying (QS) langsung tak popular jika nak dibandingkan dengan doktor, engineer, majisteret atau ahli muzik.. ahli muzik??

Justeru, bagi sesiapa yang nak jadi QS perlulah fikir semasak-masaknya kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai situasi yang sebenarnya sukar untuk diperjelaskan terutama mereka-mereka yang tidak ada kena mengena dengan dunia pembinaan. sebagai contoh:

Dialog yang boleh dikatakan cukup famous.. (Versi orang nogori)

x : Jang.. ekau kijo ape sokang?
y : eseh kijo biaso-biaso yo.. juruukur bahan..
x : hah!! juru gubahan.. apo kek u nun xdo kursus lain laie ko?
y : eh!! xla.. eseh kijo juru.. ukur,, bahan.. QS atau quantity surveying kalo om puteh eh kobaan..
x : ohhhh.. (walaupon xpaham apo yang di kobaan) aku ingat ekau kijo gubahan td..

#kenkadang.. ado yo yang tongkar.. di kobaan sey kijo ukur jamban.. ready jola eh.. hehe
Selalunya dialog habis kat situ bagi mereka yang jenis x busy body or xnak amik tahu keje apa sebenarnya yang kita buat. Tapi kadang-kadang ada juga yang beria-ia nak tahu. Maka, wujunya kesinambungan macam dialog bawah nie..

x : Nie den nak tanyo ckit jang.. kijo ukur bahan tu apo? ekau duk ngukor apo? bahan apo yang ekau duk ngukor?

#confirm payah nak jawab.. tapi cekalkan hati..

y : eseh xdo ngukur apo eh.. yang sobonarnya seh hanyo buek kiro-kiro kos nak bina bangunan jo.. xdo yang rumit mano eh.. contoh eh.. bapo hargo pasir, kayu-kayan sumo tok tahu kos kesuluruhan binaan..
x : Owhh.. nape x di kobaan awal-awal.. xdo la den dok sorkap jarang kek ekau..

#Namun, belum habis di situ..

x : pastu ekau kijo QS nie kijo ngan sapo? (nie.. namo eh soklan berantai tambahan)

Jawapan mudah.. cakap jela keje ngan kontraktor.. kalau cakap keje dengan consultant atau developer.. mahu seharian xhabis di tanya. Sebab bila kita cakap keje dengan kontraktor mereka akan jawab..

y : eseh kijo ngan kontraktor yor.,
x : owhh.. kontraktor.. macam tu banyak la gaji ekau.. orang kijo ngan kontraktor nie selalu eh bosau gaji eh..
y : hurmm.. yola..

***tetapi bila dah selalu kena macam nie mesti penatkan? so, jawapan yang paling mudah cakap jer macam bawah nie..

x : jang ekau kijo apo sekang nie?
y : seh kijo biaso yoo..
x ; iyolah.. kijo apo?
y : taw x akitek samo engineer?
x : iyo.. den tau.. napo?
y : hah.. eseh atas sikit dr duo tu.. hahahaha

Kesimpulanya, susah nak jadi juruukur bahan nie. maklum la x ramai yang tahu kerjaya sebagai seorang juruukur bahan nie secara jelasnya.. tetapi kalau juruukur tanah atau juruukur bangunan semua tahu. Sebabnya, kalau juruukur tanah confirm kerjanya ukur tanah. Kalau juruukur bangunan mesti kerjanya ukur bangunan (hahaha kesian juruukur bangunan.. padahal skop kerja mereka lain.. tapi xpe sebab orang senang paham). Then, juruukur bahan? bahan apa yang di ukur?

Fakta Sebenar Berkaitan Ais

Photo: Info petang Jumaat :D

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin? :)

**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin?

10 Makanan Yang Membakar Lemak

Photo: Petua Kesihatan:

Berikut adalah 10 Makanan Yang Membakar Lemak

1. Oat :
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol .

2. Telur: 
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .

3. Epal :
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

4. Green Cili :
cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

5. Bawang putih:
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .

6. Madu: 
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .

7. Teh Hijau: 
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.

8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS) : 
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.

9. Tomato :
Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.

10. Coklat Gelap :
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk 
mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin 
dalam darah dan juga membakar lemak.

Jika sayang share yer pada kawan-kawan..Dr Giena Hadi