Sunday, May 20, 2012

Penciptaan Hawa (Perkongsian dari penulisan Muhammad Jaya)

Melalui pembacaan saya di dalam sebuah buku bertajuk "Kisah Nabi dalam Al-Quran dan Injil". Terdapat sedikit maklumat yang saya ingin kongsi bersama dalam penulisan buku tersebut yang mana penulis ada memberi gambaran kisah kejadian Hawa melalui kitab Al-quran dan injil. Jadi mari kita singkap serba sedikit dari pembacaan saya..


Manusia sebagai makhluk yang sempurna, diberi akal dan nafsu syahwat, maka Nabi Adam yang tinggal di syurga juga menikmati segala kemudahan yang ada di dalamnya. Manusia dapat makan & minum serta melakukan pelbagai kegiatan di dalam syurga itu.


Allah berfirman : 
Dan Kami berfirman: "Hai Adam diamilah oleh kamu dan istrimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang dzalim.

(Surah Al-Baqarah, ayat 35)


VERSI INJIL:

ketika pertama kali tuhan menciptakan manusia iaitu Adam, Dia berfirman dalam kitab perjanjian lama,

"Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambarNya, menurut gambar Allah diciptakanNya dia; laki-laki (Adam) dan perempuan (Hawa). Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka, 'Beranak cuculah supaya bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah"
(1:27-28)


Pada ayat lain dalam perjanjian lama dijelaskan pula,


"Manusia (Adam) itu memberi nama Hawa kepada isterinya, sebab dialah yang menjadi ibu semua yang hidup. Dan tuhan membuat pakaian dari kulit binatang untuk manusia dan isterinya itu, lalu dipakaikan kepada mereka"
(Kejadian 3:21)

Menurut ayat dalam kitab tersebut, Tuhan menyatakan bahawa Adam dan Hawa diciptakan serentak. Selain itu, dalam kitab Perjanjian Lama juga dijelaskan bahawa Tuhan yang membuatkan pakaian untuk Adam dan Hawa daripada kulit binatang yang kemudian mereka gunakan untuk menutupi aurat atau tubuh mereka. Sedangkan asal kejadian Hawa yang berasal daripada tulang rusuk Adam juga disebutkan secara jelas dalam Injil Perjanjian Lama.

"Tuhan Allah mengambil salah satu rusuk daripadanya (Adam), lalu menutup tempat itu dengan daging. Dan daripada rusuk yang diambil Tuhan Allah dari manusia itu, diciptakan Nya seorang perempuan.

(kejadian 2:22)

VERSI AL-QURAN

Hawa berasal 'daripadanya' Adam

Dalam Injil, Perjanjian Lama dijelaskan bahawa Hawa berasal daripada tulang rusuk Adam. Menurut Al-quran , kejadian Hawa dinyatakan melalui firman Allah s.w.t,

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

(Surah An-Nisa, ayat 1)

Ayat ini lebih lengkap dan luas, tidak semata-mata dikaitkan asal kejadian Hawa, tetapi juga menegaskan harus bertakwa, kepada orang islam, menjaga hubungan silaturahin dan juga menegaskan bahawa kelak manusia berkembang baik menjadi bangsa-bangsa dan suku-suku yang banyak.

Dalam Tafsir Ibnu Katsir jilid II, halaman 302, terdapat sebuah hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Abi Hatim daripada Qatabah. Ibnu Abbas merekodkan Rasulullah s.a.w berkata, "Perempuan itu diciptakan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki, maka keserakaannya tertuju kepada lelaki, sedang lelaki diciptakan daripada tanah, maka keserakaannya tertuju pada tanah. Kerananya simpanlah perempuan-perempuanmu"

Sedang dalam tafsir Al-Bayan oleh Prof. Dr. TM Hasbi Ash Shiddieqy pula menyatakan, "Ada yang memaknakan NAFS yang satu (pokok yang satu) dengan Adam."

Dalam Hadith sahih (Tafsir Ibnu Katsir) disebutkan, "Sesungguhnya perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk. Jika engkau hendak meluruskan tulang yang bengkok akan patahlah ia, tetapi engkau dapat menikmatinya dalam keadaan bengkok."

Syaikh Salim Bin 'Ied-Al-Hilali dalam bukunya Kisah Sahih Teladan Para Nabi (Sahih Qishahil Anbiyaa), mengutip pendapat Muhammad bin Ishak yang menyebutkan hadith yang diriwayatkan oleh 'Abbas, "Hawa diciptakan daripada tulang rusuk yang paling pendek sebelah kiri, ketika Adam dalam keadaan tidur."

Menurut Syeikh Salim dalam kitab ash-Sahihain, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah menyebutkan nabi s.a.w bersabda, "Sampaikanlah pesan kebaikan kepada kaum wanita, kerana sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Jika engkau berusaha meluruskannya (dengan kasar), bererti engkau mematahkannya. Dan jika engkau membiarkannya, maka ia akan sentiasa bengkok. Maka sampaikanlah pesan kebaikan kepada kaum wanita." (HR Bukhari dan Muslim)

Berkaitan dengan hadith ini, Quraish Shihab dalam Tafsir Al-Mishbah menyatakan bahawa hadith ini difahami oleh ulama-ulama terdahulu dalam erti harfiah. Namun tidak sedikit ulama kontemporari memahaminya secara metafora, bahkan ada yang menolak kesahihannya.

Pemahaman secara metafora menyatakan bahawa hadith itu mengingatkan para lelaki supaya bersikap bijaksana apabila berdepan dengan perempuan. Sifat dan kudrat bawaan perempuan berbeza dengan lelaki sehingga boleh menyebabkan lelaki bersikap tidak wajar. Tidak ada siapa yang mampu mengubah kudrat itu kerana sangat susah meluruskan tulang rusuk yang bengkok.

Dalam buku terjemahan Al-Quran daripada Jabatan Agama Republik Indonesia menyebutkan, "Menurut jumshur musafassirin, Hawa diciptakan dariapada berasal daripada tulang rusuk Adam a.s, Ini berdasarkan hadith riwayat Bukhari dan Muslim." 

Namun di samping itu, ada juga tafsiran yang menyebut Adam diciptakan daripada unsur tanah. (Terjemahan al-quran, Jabatan Republik Indonesia)

Tafsir al-azhar yang ditulis oleh Buya Hamka, pula menjelaskan bahawa, ":Tulang rusuk bengkok dalam hadith ini bukan bermaksud dirinya yang diperbuat daripada tulang rusuk. sebaliknya ia berkaitan dengan perangai kaum wanita yang menyerupai tulang rusuk dan yang paling jelas, semua perempuan dalam dunia ini tidaklah diciptakan daripada tulang rusuk suaminya. Apa yang dipertikaikan hanyalah tentang kejadian hawa itu sendiri dan bukan seluruh perempuan di dunia ini."

Buya Hamka juga menambah bahawa hadith di atas hanyalah tafsiran para sahabat nabi dan bukan kata-kata daripada Nabi s.a.w sendiri.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Jika kamu dengar riwayat-riwayat daripada ahli kitab (Yahudi dan Nasrani),  janganlah kamu benarkan sahaja dan jangan pula kamu dustakan, teima sahaja menurut keadaannya."

Menurut Tafsir Ibnu Katsir, "Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Adam semasa sedang tidur dan ketika terbangun dari tidur dia mendapati Hawa telah berada di sampingnya."

Sedangkan dalam Tafsir Al-Mishbah yang ditulis oleh M.Quraish Shihab menjelaskan, ayat 1 surah an-Nisa' menegaskan, perempuan (isteri Adam) diciptakan daripada jenis yang sama dengan Adam danayat itu sedikit pun tidak menyokong fahaman yang beranggapan bahawa perempuan diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Memang tidak ada petunjuk daripada Al-Quran yang mengarah ke sana dan tidak juga mengarah kepada penciptaan Hawa daripada unsur yang lain.

Lebih jauh lagi M. Quraish Shihab juga menyebut dalam tafsir tersebut bahawa menurut Sayyid Ridha, pendapat yang menyatakan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam timbul berdasarkan apa yang termaktub dalam Perjanjian Lama (Kejadian II:21-22). Dalam kitab itu disebut, ketika Adam terlelap tidur, Allah mengambil sebilah dari tulang rusuknya, lalu ditutupkannya pula tempat itu dengan daging. Daripada tulang yang dikeluarkan daripada Adam itu, Tuhan mencipta perempuan.

Rasyid Ridha juga menulis, "Sekiranya tidak tercantum tafsir kejadian Adam dan Hawa dalam Perjanjian Lama seperti redaksi di atas, nescaya pendapat yang menyatakan perempuan diciptakan daripada tulang rusuk Adam, tidak akan pernah terlintas dalam benak seorang muslim."

Daripada pendapat para ulama ini, maka sesungguhnya asal penciptaan Hawa itu menjadi misteri bagi manusia khususnya umat Islam dan ia menjadi rahsia Allah s.w.t.

Dalam surah an-Nisa' ayat 1 tidak disebutkan dengan jelas bahawa Hawa tercipta daripada tulang rusuk Adam. Ia hanya menyebut 'khalaqa minha zaujaha' dan apakah ia boleh ditafsirkan sebagai tulang rusuk Adam?

Kesimpulannya, kita sendiri dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku sebenarnya, bagi penulis buku yang saya baca ini, beliau cenderung dengan tafsir yang menyatakan bahawa Hawa berasal daripada tanah. Jika benar Hawa berasal daripada tulang rusuk Adam, maka sudah tentu tulang rusuk sebelah kiri seorang lelaki kurang satu manakala tulang rusuk wanita pula lengkap. Tetapi apa yang yang berlaku hari ini adalah sebaliknya.

Bukankah Adam diciptakan daripada tanah, maka kata-kata daripadanya itu dapat juga diertikan sebagai daripada saripati tanah. Allah tidak pernah menyebutkan dalam al-quran bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam dan sesungguhnya Nabi Adam a.s merupakan manusia pertama yang diciptakan daripada tanah, maka terdapat banyak ayat al-quran dan juga hadith Nabi s.a.w yang menjelaskan tentang hakikat ini. Oleh kerana semua manusia berasal daripada Nabi Adam, maka sudah tentu unsur ketanahan tetap ada pada setiap jasad manusia. Rasulullah s.a.w telah menyatakan hakikat ini sebagaimana sabda baginda : 


Maksudnya : Semua manusia adalah keturunan Adam dan Adam berasal daripada tanah.
(Al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, juz.16, halaman 341.)

(wallahu alam bissawab)

No comments:

Post a Comment