Thursday, August 9, 2012

RUKUN NEGARA


RUKUN NEGARA (Sekadar Perkongsian)

Rukun Negara adalah RUKUN IMAN kepada AGAMA NEGARA. Rukun Negara itu adalah kufur kerana ianya adalah Rukun Iman kepada Agama Negara kita yang kufur.

Kepercayaan kepada Tuhan

Tuhan yang mana satu? Adakah Rukun Negara bermaksud kepada kepercayaan kepada Allah s.w.t. Yang Maha Esa sahaja dengan menolak dan mengingkari segala Tuhan yang lain?

Firman Allah: Muhamad 19, asy-Syafaat 35
Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah.

Firman Allah: al-A'raf 54
Sesungguhnya ar-Rabb kami ialah Allah.

Al-ilah (yang layak disembah) dan ar-Rabb (yang memiliki kedaulatan) itu hanyalah dimaksudkan kepada Allah yang satu dengan tegas menolak adanya al-ilah dan ar-Rabb yang lain. Inilah pengertian yang terkandung di dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Kepercayaan kepada Tuhan dalam Islam, seperti mana yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ , hanya terkhusus bagi Allah sahaja yang diikuti dengan penafian dan penolakan yang tegas dan mutlak terhadap kewujudan Tuhan-Tuhan yang lain.

RUKUN NEGARA:

1. Kepercayaan kepada Tuhan ( Tidak terkhusus kepada Allah dan tidak ada penafian terhadap Tuhan-tuhan yang lain)

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara ( Uluhiyah Manusia)

3. Keluhuran Perlembagaan (Kepercayan kepada Kitab Manusia)

4. Kedaulatan Undang-undang (Undang-undang Parlimen – Rububiyah Manusia)

5. Kesopanan dan Kesusilaan (Ciptaan Manusia – Rububiyah Manusia)


RUKUN IMAN:

1. Kepercayaan kepada Allah (Terkhusus kepada allah sahaja dengn menafi daqn menolak Tuhan-tuhan yang lain)

2. Kesetiaan dan Ketaatan kepada Allah (Uluhiyah Allah)

3. Keluhuran al-Quran (kepercayaan kepada Kitab Allah)

4. Kedaulatan undang-undang Allah ( Rububiyah Allah)

5. Kesopanan dan kesusilaan daripada Allah ( Rububiyah Allah)

RUKUN NEGARA MENGIKTIRAF KESEMUA TUHAN :

Kepercayaan kepada Tuhan:

1. Allah S.W.T

2. Jesus Kristus

3. Tuhan Yahudi

4. Tuhan Buddha

5. Tuhan Hindu

6. Tuhan Zoroaster

7. Tuhan Apollo

Kepercayaan kepada Tuhan dalam Rukun Negara dapat dianalisiskan sebagai mempunyai dua permasalahan yang besar:

1. Tuhan itu tidak terkhusus kepada Allah sahaja dan boleh dimaksudkan kepada semua Tuhan.
2. Tidak ada penafian dan pengingkaran terhadap Tuhan-Tuhan yang lain, malah Rukun Negara mengiktiraf dan membenarkan kesemua Tuhan selain daripada Allah s.w.t.

Bagi maksud Rukun Negara, Buddha juga Tuhan, Vishnu juga Tuhan, segala patung di kuil-kuil Hindu dan Cina itu juga Tuhan-Tuhan yang layak disembah, kesemua Tuhan itu diiktiraf dan diletakkan sama taraf dengan Allah s.w.t. Rukun Negara mempersekutu dan mengkufurkan Allah s.w.t. Bersetuju, menyokong dan bersikap positif terhadap Rukun Negara bererti bahawa seseorang itu turut mengiktiraf dan menerima segala Tuhan yang lain daripada Allah. Begitu juga apabila seseorang itu tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap Rukun Negara bererti bahawa ia tidak mengamalkan konsep Nafi dan Isbat dalam kehidupannya dan justeru ia tidak beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Kesetiaan dalam Islam hanyalah kepada Allah dan Rasul-Nya sahaja, sebaliknya, dengan tegas mengingkari dan menolak kesetiaan kepada Raja dan Negara yang didirikan di atas asas kedaulatan manusia dan ketaatan kepada kedaulatan manusia.

Firman Allah : al-Maidah 55, 56
Sesungguhnya penolong setia kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya, juga orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan mereka sentiasa tunduk (kepada Allah).
Dan barang siapa yang menjadikan Allah , Rasul-Nya dan orang-orang beriman sebagai penolong setianya, maka sesungguhnya hizbullah itulah yang pasti mendapat kemenangan.

Firman Allah: al-Fath 10
Sesungguhnya orang yang memberi taat setia kepadamu (wahai Muhammad) sebenarnya mereka memberi taat setia kepada Allah. Allah mengawasi keadaan mereka memberi taat setia itu. Oleh itu sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya perlanggaran itu ke atas dirinya.

Kesetiaan itu hanyalah kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kerajaan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, iaitu kerajaan Islam yang didasarkan kepada Al-Quran dan Hadith. Tidak ada ketaatan dan kesetiaan kepada Raja dan Negara yang didasarkan kepada kedaulatan manusia seperti demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Rukun Negara yang menyeru dan mendasarkan prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara yang mengkufurkan Allah s.w.t. itu adalah rukun yang syirik dan kufur.

Keluhuran Perlembagaan Negara

Keluhuran (mulia, tinggi dan agung) Perlembagaan Negara menafi keluhuran Al-Quran. Dari sudut ini, Rukun Negara itu syirik dan kufur. Mengikut artikel 4, Perlembagaan Negara, undang-undang yang tertinggi dalam Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Negara, sedangkan dalam Islam, Al-Quran dan Hadith itu ialah undang-undang yang tertinggi dan paling berkuasa untuk seluruh manusia, Islam dan bukan Islam.

Firman Allah: at-Taubah 40
Dan Allah menjadikan perkataan orang-orang kafir terkebawah dan perkataan Allah tertinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Undang-undang Al-Quran itu ialah yang tertinggi dan paling berkuasa untuk manusia. Perlembagaan Negara yang mendasarkan undang-undang Perlembagaan Negara itu sebagai undang-undang tertinggi, termulia dan paling berkuasa adalah dengan itu mengkufur ingkarkan Allah s.w.t.

Kedaulatan Undang-undang

Undang-undang dalam konteks ini dimaksudkan kepada undang-undang, aturan dan peraturan yang diluluskan oleh parlimen. Kedaulatan undang-undang (supremacy of the rule of law) dimaksudkan kepada kekuasaan undang-undang parlimen (artikel 4 dan 44 Perlembagaan Negara). Parlimen berhak untuk membuat undang-undang yang mempersekutukan hak Allah yang tunggal dalam sistem perundangan negara, dan undang-undang parlimen (undang-undang sivil) mengatasi undang-undang Allah. Ini adalah satu penafian dan pengingkaran terhadap konsep Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ . Dalam konsep Rububiyah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, kedaulatan undang-undang itu adalah hak undang-undang Allah sahaja dan undang-undang Allah sahaja yang mengatasi segala undang-undang yang lain.

Firman Allah: ali-Imran 26
Katakanlah: Wahai Allah yang mempunyai kedaulatan.
Kedaulatan undang-undang negara adalah satu penafian terhadap kedaulatan undang-undang Allah, Rukun Negara itu syirik dan kufur kerana ia menafikan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .

Kesopanan dan kesusilaan

Kesopanan dan kesusilaan yang diiktiraf dan diamalkan di bawah undang-undang demokrasi adalah fasik dan Jahiliyah di sisi Islam. Manusia dengan segala kelemahannya tidak dapat menentukan apakah yang sopan dan apakah yang tidak sopan. Penentuan itu hanyalah hak Allah.

Firman Allah: asy-Syams 7-10
Demi diri (manusia) dan Yang Menyempurnakannya (Allah). Lalu diilhamkan (Allah) kepadanya mana yang buruk dan mana yang baiknya. Sesungguhnya telah menanglah orang-orang yang membersihkannya (jiwa). Dan merugilah orang yang mengotorinya.

Allah dan Rasul-Nya sahaja yang berhak untuk menentukan yang mana baik dan yang mana buruk. Kesopanan di bawah undang-undang demokrasi yang dianggapkan sebagai kufur, zalim dan fasik itu bukanlah kesopanan daripada Allah, malah kesopanan ciptaan manusia ini sebenarnya adalah Jahiliyah.

Menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Allah dan mentaati kuasa Allah dalam pentadbiran manusia adalah kesopanan di sisi Islam, tetapi keburukan dan kufur di sisi demokrasi kerana ini bermakna menolak dan menentang segala undang-undang dan sistem hidup demokrasi. Penyerahan kuasa kepada suara majoriti itu adalah kesopanan di sisi demokrasi tetapi keburukan dan kufur di sisi Islam kerana ini bermakna menolak dan menentang penyerahan kuasa kepada Allah. Begitu juga halnya dalam isu-isu yang remeh temeh seperti adat istiadat ‘Menjunjung Duli’ dan ucapan-ucapan ‘Daulat Tuanku’ , ‘Ampun Tuanku’ dan ‘Yang Maha Mulia’ dalam menghormati Sultan-sultan adalah kesopanan di sisi peradaban Melayu di bawah demokrasi, tetapi kehinaan dan keburukan di sisi Islam kerana ia menjatuhkan martabat kemanusiaan yang mulia serta ia juga menafikan sifat Rububiyah yang dimiliki Allah swt.

Firman Allah : al-Baqarah 252
Dan itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepadamu dengan membawa kebenaran dan sesungguhnya engkau adalah daripada Nabi-nabi yang diutuskan.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Maksudnya ayat-ayat itu membawa kebenaran dan ia dibaca oleh Allah yang mempunyai hak untuk membaca dan menurunkannya. Ia dijadikan Allah sebagai perlembagaan hidup para hamba-Nya. Dan hak membuat perlembagaan ini tidak diberikan kepada yang selain daripada Allah swt. Oleh itu sesiapa yang menggubal sesuatu sistem hidup yang lain daripada-Nya untuk para hamba-Nya, maka bererti ia menceroboh hak Allah, menzalimi diri sendiri dan bererti ia adalah seorang pejuang kebatilan yang tidak wajar ditaati, kerana satu-satunya yang ditaati ialah perintah Allah dan perintah mereka yang bersuluhkan hidayat daripada Allah…….tiada yang lain daripada-Nya.

Rukun Negara kita ini adalah satu konsep kehidupan ciptaan manusia yang syirik dan kufur kerana ianya adalah bertentangan dengan Rukun Iman dan Rukun Islam dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang datang daripada Allah. Orang-orang yang menyetujuinya, yang mengucapkan segala kalimatnya dan yang mengulangi-ulangi ucapan segala kalimatnya ini, mereka menyanjung-nyanjungnya, mereka tidak menolak dan mengingkarinya, serta mereka tidak memusuhi dan membencinya, mereka ini adalah orang-orang yang beriman dengan agama yang syirik dan kufur yang mengeluarkan seluruh mereka ini daripada agama Allah.

Begitulah juga seluruh pemikiran manusia yang lain seperti Perlembagaan Negara, Wawasan 2020, Keranamu Malaysia, Satu Malaysia dan pemikiran-pemikiran yang lain yang kesemuanya itu tidak datang daripada Allah adalah pemikiran–pemikiran yang syirik dan kufur yang diperintahkan Allah untuk dijauhi, dimusuhi dan diperangi.


p/s : Inilah yang patut diguna pakai bagi sebuah negara ISLAM. Sesungguhnya asas sebuah kemenangan adalah negara. (3P)


SUMBER : Salah Satu Post di fb oleh Wan Solehah Al-Halbani

No comments:

Post a Comment