Saturday, May 11, 2013

-SOALAN UNTUK IMAM SYAFI'IE-



pada suatu hari, imam syafiie melawat gurunya imam malik untuk mendapatkan sepotong hadith. perjalanan ke rumah imam malik begitu jauh dan beliau melakukannya semata2 utk scebis ilmu tersebut. sesampai2nya di rumah imam malik, beliau pun dipelawa masuk ke dalam...

apabila dihidangkan makanan, imam syafiie pun makan dengan penuh begitu berselera. habis semua makanan yang dihidangkan, ini semua menimbulkan satu tanda tanya kepada anak imam malik, macam mana seorang imam besar boleh makan dengan begitu lahapnya? ini mnjadikan kredibiliti imam syafiie diragui di mata anak imam malik. apabila ditanya pada bapanya, bapanya tak mmpu menjawab apa2.

kemudian selepas makan, kedua2nya pun meneruskan perbincangan ilmiah mereka sampailah ke lewat malam. seusai tibanya waktu tidur, anak imam malik menunjukkan tempat imam syafiie beristirehat. pada waktu tengah malam, si imam syafiie langsung tidak bangun utk mngerjakan qiamulail sedang dia dan bapanya bangun untuk beribadah kepadaNya. ini sekali lagi menimbulkan keraguan anak imam malik kepada beliau. imam besar tak bangun qiamulail? pelik ni...

apabila tibanya waktu subuh, sekali lagi, mereka berdua bangun untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah, namun yang mnghairankannya, imam syafiie terus bersolat tanpa mengambil wuduk. kali ni bertambah ragulah anak imam malik akan kredibiliti imam syafiie. imam besar solat tanpa air semayang? lagi2 lah pelik.

maka keesokan paginya, imam malik pun memberanikan diri bertanya kepada imam syafiie akan perihal keraguan anaknya itu. maka imam syafiie pun menjawab... 

pertama sekali, beliau makan dengan lahapnya di rumah imam malik kerana sepanjang perjalanan tersebut, beliau telah pun berpuasa dari memakan makanan syubhah. bukan haram tau, yg syubhah pun dia jaga. itu yang menjadikan dia begitu berselera apabila sampai di rumah imam malik. tambahan pula, dia pernah mendengar hadith yang mnyebut, makanan di rumah orang soleh itu adalah ubat lagikan berkat...

kemudian, sewaktu malam, beliau tidak bangun menunaikan qiamulail kerana terlalu sibuk berfikir akan instinbad hukum daripada hadith tersebut. dan hasilnya, beliau telah berjaya mengeluarkan lebih 1000 hukum baru untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat hanya dari satu hadith tersebut. apatah lagi, martabat seorang mufakkir(pemikir) itu lebih tinggi dari seorang abid(ahli ibadah).

kemudian, pada pagi esoknya, beliau bangun menunaikan solat subuh tanpa air sembahyang. bukan sebab sejuk atau tak de air ke apa. ianya adalah disebabkan air sembahyang dari yang isyaknya masih kekal hingga ke pagi itu. hebat tak hebatnya beliau dalam menjaga wuduk...

maka fahamlah anaknya akan kehebatan imam syafiie. kadang2, amalan alim ulama ini sememangnya nampak pelik pada pndangan masyarakat bawahan. bukan sebab mereka sesat, tapi kerana mereka lebih faham yang mana satu adat kebiasaan orang awam dan mana sebenarnya tuntutan agama.

No comments:

Post a Comment