Tuesday, November 26, 2013

MENGAPA CINTA SEMAKIN PUDAR?


Jika cinta semakin pudar di hati, kasih sayang akan mula terhakis dan terancam walau pun kita bermati-matian mengatakan cinta itu tetap milik kita. sayangnya dalam berjuang mempertahankan atau cuba mengembalikan cinta pasangan, apa yang berlaku adalah kita tidak kembali merebut cinta dengan cinta.

Kita salah langkah, salah bertindak juga salah mengadaptasikan kembali rasa cinta itu kepada suatu hubungan yang harmonisJusteru itu cinta akan semakin jauh untuk dikembalikan, semakin jauh untuk diraih kerana kita membuatkan hubungan semakin jauh untuk dikembalikan, semakin jauhuntuk diraih kerana kita membuatkan hubungan semakin jauh, semakin panas dengan rasa marah, rasa baran dan sebagainya. mengapa cinta semakin pudar? mengapa susah meraih cinta? mungkin ini jawapannya:

Bertemu orang lain
Salah satu sebab utama mengapa cinta putus, ialah apabila anda bertemu orang lain yang dirasakan sangat memahami jiwa raga anda. anda juga merasakan sikap-sikap pasangan semakin membosankan malah anda mula melihat kelemahannya tidak kira cara penampilan, caranya bercakap dan sebagainya. jadi bila anda bertemu seorang yang sesuai, anda akan meninggalkan dirinya dan pergi kepada orang yang anda rasakan sesuai.

Cuai menjaga hati
hati adalah satu perasaan yang sangat halus. Hanya mereka yang benar-benar bercinta sahaja yang dapat merasainya. Namun ada kalanya mulut saja mengungkapkannya namun tidak dengan perasaan. Sebabnya sesetengah pasangan beranggapan, bila kata-kata sayang sudah diluahkan itu tandanya satu ikatan sudah termeterai. Namun jika hanya percakapan sahaja tetapi tidak disertakan dengan cara, perbuatan dan sebagainya, hati tidak akan merasai nikmat cinta itu. Tidak hairanlah ia semakin pudar dan hanya tunggu masa untuk berpisah.

Bosan
Selain bertemu orang lain dan anda cuai menjaga hatinya, salah satu perkara lagi ialah mengapa diri menjauhi pasangan adalah kerana bosan. Bila anda menjalin hubungan terlalu lama, terikat dengan satu komitmen, anda akan mudah bosan. Bila asyik bertemu orang yang sama, bekerja ditempat yang sama, pergi dan balik juga sama dan semua ini akan membuatkan suasana sangat membosankan. Kesannya rasa cinta anda akan semakin berkurangan.

Jarak semakin jauh
Cinta memerlukan pengorbanan, kasih sayang dan sebagainya. Namun cinta akan semakin pudar bila mana hubungan anda semakin menjauh terutama apabila anda menjalin suatu hubungan terlalu lama. Awalnya anda merasakan pasangan seorang yang sangat membosankan, lama kelamaan bila hati semakin menjarak, silap-silap anda merasakan pasangan adalah seekor dinausour yang perlu anda jauhi.

Tiada lagi sefahaman
Semakin lama mengenali pasangan, anda sudah tahu buruk dan baiknya. Apabila semakin banyak keburukkan pasangan yang anda nampak, anda akan semakin menjauhinya dengan pelbagai alasan. Selain itu, anda juga akan kerap bergaduh walau pun untuk hal-hal remeh-temeh bila cinta tidak lagi wujud.

Kesimpulannya, pengorbanan di perlukan. Untuk memastikan pasangan anda sentiasa berbahagia. kadanga-kala melihat kebahagiaan pasangan adalah satu kepuasan bagi mereka yang tahu menilai kebahagian.

No comments:

Post a Comment