Sunday, January 11, 2015

Langkah - Langkah Solat Jenazah Dewasa (Lelaki & Wanita)

Melaksanakan Solat Jenazah secara berjemaah adalah yang paling diutamakan dalam agama Islam dan menjadi sunnah untuk meramaikan jemaahnya sehingga Solat Jenazah ini dihukumkan Fardhu Kifayah sepertimana dalam hal menguruskannya. 

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Nabi ﷺ bersabda: “Tidaklah seorang lelaki Muslim yang meninggal dunia, maka didirikan solat pada jenazahnya oleh seramai empat puluh lelaki yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, melainkan Allah SWT akan memberikan syafaat padanya.” (Hadis riwayat Muslim.) Tentang untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat-tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah didirikan dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih. Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti solat jenazah berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah selepas disolatkan oleh orang lelaki.


A.  Rukun Solat Jenazah

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :

  1. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
  2. Berdiri bagi yang berupaya
  3. Bertakbir empat kali
  4. Salam



B.  Persediaan Solat Jenazah


  1. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris. Susunan jenazah yang paling hampir dengan imam adalah seperti berikut:

    • Jenazah lelaki dewasa
    • Jenazah kanak-kanak lelaki
    • Jenazah perempuan dewasa
    • Jenazah kanak-kanak perempuan
  2. Kedudukan Ketika Melakukan Solat Jenazah.

               Jenazah Lelaki   
      1. Imam berdiri bersetentangan dengan  kepala, dada atau bahu jenazah.
      2. Kepala jenazah berada di kiri imam. 



    1. Jenazah Perempuan
      1. Imam berdiri bersetentangan dengan  pinggang jenazah.
      2. Kepala jenazah berada di kanan imam.


  3. Dalam saf (barisan) solat jenazah berjemaah, makmum disunatkan membentuk tiga saf.   Sekurang-kurangnya harus dijadikan tiga saf dengan setiap satu saf dua orang. Daripada Malik bin Hurairah r.a. katanya, Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidaklah orang mukmin yang meninggal dunia itu didirikan solat padanya oleh tiga saf dari kalangan orang Islam, melainkan jenazah itu diberikan pertolongan dan diampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.)

C.  Niat Solat Jenazah


  1. Lafaz niat untuk solat jenazah lelaki/perempuan:
    niat solat jenazah dewasa

    niat solat jenazah dewasa



  2. Lafaz niat untuk solat jenazah yang ramai:
    niat solat jenazah dewasa ramai

    niat solat jenazah dewasa ramai



D.  Cara Melakukan Solat Jenazah

Cara melakukan solat ini adalah dengan berdiri betul, rapat dan berniat melakukan solat sunat jenazah serta terus berkeadaan berdiri sambil melafazkan bacaan tertentu sehingga salam, tanpa melakukan rukuk dan sujud.


  1. Niat Dan Takbir Pertama
    Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu takbir pertama.

    takbir solat jenazah ghaib

  2. Baca Surah Al-Fatihah


  3. Takbir Kedua.

    takbir solat jenazah ghaib

  4. Membaca Selawat;
    Berselawat ke atas Nabi ﷺ.


    selawat solat ghaib

    Lebih afdhal jika dapat dibaca Selawat Ibrahimiyah.


  5. Takbir Ketiga.

    takbir solat jenazah ghaib

  6. Membaca Doa:
    Contohnya seperti doa ringkas berikut:

    Doa Ringkas Solat Jenazah


  7. Takbir Keempat.

    takbir solat jenazah ghaib

  8. Doa untuk si mati ialah:
    Sebelum memberi salam, boleh juga dibaca doa berikut:

    Doa Jenazah Ringkas 2


  9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.


    اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
    Salam sejahtera ke atas kamu dan Rahmat Allah serta Keberkatan-Nya.
  10. Bacaan Sesudah Salam.

    • Surah Al-Ikhlas 3 kali.
    • Surah Al-Falaq 1 kali.
    • Surah An-Nas 1 kali.
    • Surah Al-Fatihah 1 kali.
    • Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
    • Ayat Kursi 1 kali.
    • Membaca doa Solat Jenazah.


  11. Contoh Doa Solat Jenazah:

    Doa Selepas Solat Jenazah

    Doa Selepas Solat Jenazah

    Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah  yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.


Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Apabila kamu solat ke atas mayat, maka ikhlaskan doa untuknya.” (Riwayat Abu Dauud dan dianggap sahih oleh Ibnu Hibban.)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



No comments:

Post a Comment