- Peristiwa besar dalam sejarah manusia yang pernah berlaku: Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat; pada hari itu diciptakan Nabi Adam, pada hari itu Nabi Adam di masukkan dalam syurga, dan pada hari itu nabi Adam dikeluarkan dalam syurga.
(Riwayat Muslim) - Diampunkan dosa manusia: Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang wuduk dengan sempurna, kemudian dia mendatangi solat Jumaat lalu mendengar dan memerhatikan khutbah, maka diampunkan dosa yang dilakukan antara hari itu sampai pada hari Jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari. Dan sesiapa yang bermain-main batu kelikir, maka sia-sialah Jumaatnya." (Riwayat Muslim)
- Haram meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja: Daripada Abu Hurairah dan Ibn Umar r.huma bahawa keduanya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang biasa meninggalkan solat Jumaat hendaklah segera menghentikan kebiasaannya atau kalau tidak, Allah akan mengunci hati mereka kemudian mereka termasuk orang-orang yang lalai."
(Riwayat Muslim) - Dimakbulkan doa: Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda tentang hari Jumaat: "Pada hari itu ada suatu saat di mana apabila ada seorang muslim yang sedang solat bertepatan dengan saat itu kemudian ia memohon sesuatu pada Allah, nescaya Allah akan memakbulkan doanya." Dan baginda memberi isyarat bahawa saat itu sangat sekejap."
(Riwayat Bukhari dan Muslim) - Banyakkan membaca selawat: Daripada Aus bin Aus r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya hari yang paling utama adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat untukku pada hari itu kerana pembacaan selawatmu itu pasti disampaikan kepadaku."
(Riwayat Abu Daud)
Friday, November 30, 2012
KELEBIHAN DI HARI JUMAAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment