Wednesday, December 12, 2012

Pandangan mereka bukan masalah saya!!

Tahukah anda? Segala bentuk pandangan orang lain kepada kita bukanlah masalah kita.. berdasarkan hukum 18/40/60 ciptaan Dr Daniel Amen, menurut beliau :

  • ketika kita berumur 18 tahun, kita risau memikirkan pendapat orang lain berkaitan kita.  
  • Apabila kita berumur 40 tahun, kita tidak peduli segala ape yang orang kata berkaitan kita. 
  • Bila usia mencecah 60 tahun, barulah kita sedar yang tiada sesiapa pun yang memikirkan perihal hal kita. 

Justeru, sekiranya kita ingin mendapatkan kepercayaan orang lain kepada kita dan impian kita sebagai syarat untuk berjaya. Maka, sudah pasti ramai yang tidak akan memcapai apa-apa. Hal ini kerana, segala bentuk keputusan yang ingin kita laksanakan seharusnya bergantung kepada matlamat dan kemahuan kita sendiri tanpa di pengaruhi oleh pendapat atau matlamat yang ditetapkan oleh ibubapa, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Kita seharusnya mengikut kata hati kita dan jangan risau tentang pendapat orang lain. 

kesimpulan, "kamu perlu percaya diri sendiri walaupun tiada siapa pun yang percaya, itulah yg menjadikan kamu juara." by Venus Williams

p/s: kalo sy x minat dgn jurusan Ukur Bahan pon xpe dah kot? hehe (buat ape yg minat kan?)


No comments:

Post a Comment