Wednesday, December 12, 2012

Bila Saya Gagal !!

Kehidupan manusia umpama roda yang bulat, kadang-kadang diatas dan kadang-kadang dibawah. Jadi, kejayaan dan kegagalan sememangnya akan hadir dan pergi dalam hidup seseorang yang bergelar manusia. Tanyalah pada siapa sekalipun kalau ada yang mengecapai kejayaan tanpa mengharungi kegagalan, dia memang hebat.. hebat menipu.. :)



Tips kepada mereka yang gagal.. setiap jalan ada persimpangan, sama ada kita memilih susur keluar yang betul mahupun sebaliknya bergantung kepada diri sendiri. Namun, apabila kita menerima petanda kegagalan, kita seharusnya bersedia dengan strategi yang baru bagi mengambil tindak balas yang sewajarnya dan terus bergerak kehadapan. Jadi, usah risau jika anda berada dilandasan kegagalan kerana setiap perjalanan itu mempunyai susur keluar yang boleh membawa kejayaan.

kesimpulanya, kita memiliki pengetahuan semula jadi supaya terus belajar, membesar, dan berkembang. Kita mahu menjadi besar daripada keadaan diri sekarang. Apabila kita condong ke arah pembaikan yang berterusan dan tiada akhirnya, kita akan menjalani kehidupan penuh pencapaian dan kepuasan. Biar orang kata, kita mementingkan kesempurnaan walaupun sebanarnya tidak, tetapi kita seharusnya tahu yang kita sebenarnya mahukan ketepatan dengan melaksanakan dengan tepat sekali dan kemudian barulah berganjak keperingkat seterusnya.

No comments:

Post a Comment