Friday, April 26, 2013

Cara-cara Mudah Bersalin (Cepatkan Proses Kelahiran)






1. Untuk mempercepatkan proses kelahiran, kontraksi yang kuat adalah perlu dan antara cara mudah untuk menguatkan kontraksi adalah dengan melakukan banyak pergerakan. 

Misalnya, sekiranya kita baring, cuba untuk bangun dengan kerap tetapi perlahan-lahan.

2. Selain itu, cuba untuk membuang air kencing dengan kerap. 

Ini kerana pundi kencing yang penuh boleh melambatkan proses kelahiran dimana ia menghalang penurunan kepala.

3. Cuba alih perhatian anda terhadap rasa sakit yang dialami. 

Antara caranya ialah dengan mandi menggunakan air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin. 

Hal ini sekaligus akan mengurangkan keinginan anda untuk mengambil ubat bagi mempercepatkan proses kelahiran.

4. Sekiranya anda terlalu cemas dengan proses kelahiran terutamanya semasa kontraksi semakin kuat, cuba aplikasikan teknik-teknik pernafasan yang dipelajari di kelas antenatal.

5. Dalam hal ini juga, anda boleh meminta pertolongan suami atau keluarga anda untuk mengurut bahagian belakang anda secara lembut tetapi tegas dalam mengurangkan rasa sakit yang dialami.

6. Sekiranya anda tidak mahu berjalan-jalan, tukar posisi di atas katil. 

Anda boleh melakukan pergerakan seperti duduk kemudian berdiri, atau berjalan-jalan secara perlahan-lahan agar bukaan rahim lebih cepat terbuka, sekaligus mempercepatkan proses bersalin.

7. Hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku dapat membantu rahim menolak bayi agar masuk ke saluran peranakan dengan betul.

No comments:

Post a Comment