Tuesday, April 23, 2013

Khasiat Limau Nipis




1. Nasi putih dan lembut – perahkan sedikit jus limau nipis ketika mahu menanak nasi.

2. Jus limau nipis boleh melembutkan telur.

3. Melembutkan isi ikan, udang dan makanan laut dengan cara memerap.

4. Air gula dimasak menjadi putih dan berkilat, bertahan lama serta tidak kekuningan – dimasukkan sekali dengan jus limau nipis.

5. Menghilangkan bau hanyir ikan atau ayam.

6. Jus limaunya boleh membunuh kuman disenteri, kolera dan typhoid.

7. Mengandungi asid sitrik yang boleh menghilangkan lemak dan menguruskan badan, melegakan perut dan memudahkan penghadaman.

8. Menyingkirkan sel kulit mati – Apabila anda menggosokkan kulit denganmenggunakan limau nipis, iasebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh. 

9. Mengurangkan kedutan – Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.

10. Melembapkan kulit -Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering , cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.

11. Menghilangkan masalah kelemumur – Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur. 

12. Menyegarkan lagi kesihatan kuku – Sekiranya kuku anda direndam di dalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada di dalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment